top of page

DEFINISI KERJAYA

Menurut Kamus Dewan Bahasa (1996), kerjaya merupakan pekerjaaan yang boleh dijadikan sesuatu bidang profesional untuk mencari nafkah untuk menyara kehidupannya. 

Kerjaya adalah satu siri keadaan yang berlaku secara berturutan dalam kehidupan seseorang yang berkaitan dengan pemilihan kerjaya, peranan yang dimainkan serta status seseorang itu sepanjang kehidupannya. (Super 1957, 1971, 1972)

APAKAH PERBEZAAN ANTARA
BIMBINGAN KERJAYA DAN KAUNSELING KERJAYA?

Bimbingan kerjaya adalah lebih kepada pemberian maklumat tentang kerjaya oleh kaunselor. 

Merupakan proses mendidik yang melibatkan maklumat-maklumat diberikan kepada pelajar dalam usaha untuk membantu pelajar bergerak maju secara progresif ke arah matlamat yang dicita-citakan. (Myrick, 1997, p.3.)

kelab_bimbingan_kerjaya_8t_1678601709_e7ca8e52_progressive.jpg

Kaunseling kerjaya adalah suatu proses dimana itu kaunselor akan menjalankan satu sesi kaunseling dan menolong klien untuk mencari kerjaya yang sesuai dengan personaliti dan minatnya. 

Merupakan proses menolong yang memfokuskan kepada kesedaran kendiri,minat, sikap yang melibatakan individu terlatih dan berlesen (Myrick, 1997, p.3)

Terima kasih kerana sudi melawat laman web saya. Semoga lawan web ini dapat memberikan infomasi dan maklumat kepada anda. 

BY: CHUA ELAINE

thank-you-icegif-5.gif
bottom of page